Emirates Experience (2026/2027 Match Ticket)
Permohonan Tiket Perlawanan Arsenal di Stadium Emirates untuk Ahli Arsenal Malaysia
Cara Memohon Tiket
Semua permohonan mesti dihantar melalui Whatsapp ke https://wa.link/8l8pls sebelum tarikh tutup permohonan.
Tarikh Tutup Permohonan:
- Perlawanan Liga: Sekitar 10 minggu sebelum tarikh perlawanan.
- Perlawanan Piala (UCL, UEL, FA Cup, League Cup): Permohonan hanya dibuka selepas jadual perlawanan disahkan. Tarikh tutup adalah singkat — sila rujuk laman web & Facebook kami untuk pengumuman terkini.
Maklumat diperlukan dalam permohonan:
- Nama penuh
- Nombor keahlian
- Nombor telefon bimbit
- Nama perlawanan
Tempahan berkumpulan dibenarkan, namun semua pemohon mesti ahli rasmi Arsenal Singapura.
Polisi Tiket
- 1 tiket Sahaja untuk setiap ahli Arsenal Malaysia
- Tiket tidak boleh dipindah milik dan hanya untuk kegunaan ahli Arsenal Malaysia.
- Hanya sah untuk perlawanan pasukan utama Arsenal di Stadium Emirates.
- Tiket tidak dijamin sehingga pengesahan diterima dari Arsenal FC ( lebih kurang 2 minggu selepas permohonan ditutup).
- Tiada tempahan sementara – hanya mohon jika anda pasti mahu hadir.
- Tempat duduk tidak boleh dipilih – Arsenal FC akan memberi tiket di area Supporters Club) di Upper Tier. Arsenal Malaysia tiada kawalan ke atas lokasi tempat duduk.
- Perlawanan dikategorikan seperti berikut:
- Kategori A
- Kategori B
- Kategori C
- Perlawanan Piala akan menggunakan harga Kategori A/B
Harga Tiket (termasuk kos pengurusan)
- Kategori A: RM700
- Kategori B: RM500
- Kategori C: RM400
Berdasarkan kadar tukaran bank pada 1 Julai 2026. Akan disemak semula pada 1 Jan 2027.
Bayaran & Keutamaan
- Bayaran hanya akan dikenakan sekiranya permohon berjaya.
- Maklumat pembayaran akan dikongsikan kepada ahli sekiranya permohonan tiket diluluskan oleh Arsenal FC.
- Bayaran tidak akan dipulangkan sekiranya ahli ingin membuat pembatalan tiket.
- Jika permohonan melebihi kuota, keutamaan diberi kepada ahli yang aktif & setia.
Maklumat Tambahan
- Tarikh perlawanan mungkin berubah atas faktor siaran TV. Tiada pulangan wang akan dibuat.
- E-tiket dihantar kira-kira 2-3 hari sebelum perlawanan.
- Ahli diminta menghantar gambar & laporan ringkas selepas lawatan – keutamaan akan diberi kepada mereka yang berkongsi pengalaman.
Tarikh Permohonan Tiket
*Jadual perlawanan akan dikemaskini untuk perlawanan piala Carling Cup, FA Cup, UCL
No comments
Post a Comment