Pengumuman khas untuk ahli Arsenal Malaysia


Arsenal Malaysia menyediakan perkhidmatan membeli tiket untuk menyaksikan Arsenal di Singapura untuk Barclays Asia Tophy pada 15 & 18 July 2015. Arsenal Malaysia telah mendapat keistimewaan khas untuk duduk bersama dengan kelab penyokong rasmi yang lain semasa perlawanan berlangsung.
Jika anda mahu duduk dengan sekumpulan penyokong yang tegar menyanyi dan bersorak tanpa henti sambil menyaksikan pasukan Gunners beraksi, anda boleh datang ke MERRAH, Damansara Perdana pada hari Ahad ini 17 Mei dari pukul 9.00pm dan ke atas untuk menempah tiket anda!
ini adalah HANYA untuk ahli tetapi jika anda tidak lagi menjadi ahli, anda boleh mendaftar sebagai ahli (RM 80) pada masa yang sama dan membeli maksimum 2 tiket untuk setiap ahli untuk duduk dengan kami !! 
Setiap satu tiket membolehkan anda menonton kedua-dua perlawanan pada hari Rabu, 15 Julai dan Sabtu, 18 Julai. Tiada diskaun khas untuk kanak-kanak dan lain lain.
Blok ini adalah khas untuk penyokong Arsenal SAHAJA. Tiket yang dibeli ini tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh dijual semula dan anda perlu mengambil tiket tersebut dari kami pada tarikh dan masa yang akan diberitahu kelak.
Pembayaran tunai sahaja diterima.
Khas utk ahli luar kawasan sahaja:
Pada ahli yang berada di luar kawasan, anda bole membuat bayaran melalui akaun CIMB Arsenal Malaysia (8000711614). 
Emailkan butiran diri dan pembayaran kepada azman.shah@arsenalmalaysia.com.







No comments

Powered by Blogger.