NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ARSENAL MALAYSIA KALI KE-6


Adalah dengan ini dijemput semua ahli berdaftar Arsenal Malaysia bagi musim 2014/2015 ke Mesyuarat Agung Tahunan Arsenal Malaysia kali ke-6. Maklumat mengenai mesyuarat adalah seperti dibawah :

Tarikh : 26hb Julai 2015 (Ahad)

Masa : Jam 2.00petang

Tempat : Auditorium Sime Darby, Pusat Perubatan Ara Damansara, Ara Damansara, Selangor.


1. Sila sahkan kehadiran anda dengan menghantar e-mel (Nama penuh & No. Keahlian) kepada iffli.efendy@arsenalmalaysia.com (Setiausaha Arsenal Malaysia) sebelum atau pada 16hb Julai 2015.

2. Sebarang usul yang ingin dibincangkan semasa Mesyuarat Agung Tahunan Arsenal Malaysia kali ke-6 perlulah dihantarkan sebelum atau pada 16hb Julai 2015 kepada Setiausaha Arsenal Malaysia di alamat emel : iffli.efendy@arsenalmalaysia.com

3. Pelbagai hadiah juga disediakan bagi cabutan bertuah.

4. Ahli yang terawal (20 orang) mendaftarkan diri pada hari mesyuarat agung tahunan akan menerima cenderahati istimewa khas daripada Arsenal Malaysia.

*Notis ini telahpun dipaparkan dalam media social kelab (facebook/twitter/website) untuk makluman ahli-ahli Arsenal Malaysia.


Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Arsenal Malaysia kali ke-6:

1. Pengesahan minit Mesyuarat Agung Tahunan Arsenal Malaysia kali ke-5.

2. Laporan Tahunan aktiviti Arsenal Malaysia dan Laporan Kewangan Arsenal Malaysia.

3. Pengesahan lantikan exco tambahan bagi musim 2015/2016.


Aturcara majlis akan dimaklumkan kemudian.

Kerjasama dan kehadiran anda sebagai ahli Arsenal Malaysia musim 2014/2015 amatlah diharapkan dan dihargai.

Sekian, terima kasih.

Iffli Efendy Bin Abdullah
Setiausaha Arsenal Malaysia 2014/2016

No comments

Powered by Blogger.