ARSENAL JEYSEY 2016/17 UNTUK ANDA (Members Only)

ARSENAL JEYSEY 2016/17 UNTUK ANDA
(Members Only)

Sila RSVP kehadiran anda di AGM Arsenal Malaysia pada 30hb Julai nanti untuk memenangi Jersey Arsenal melalui Cabutan Bertuah. Bukan itu sahaja, pelbagai hadiah cabutan bertuah lain disediakan.

RSVP kehadiran anda dengan menghantar e-mel (Nama penuh & No. Keahlian) kepada                           iffli.efendy@arsenalmalaysia.com (Setiausaha Arsenal Malaysia) sebelum atau pada 20hb Julai 2016

Ayuh, tunjukkan sokongan anda kepada Arsenal Malaysia.

(COPY NOTICE)
Salam dan Selamat Sejahtera,
Ahli Arsenal Malaysia Sesi 2015/16 yang dihormati.

Adalah dengan ini dijemput semua ahli berdaftar Arsenal Malaysia bagi musim 2015/2016 ke Mesyuarat Agung Tahunan Arsenal Malaysia kali ke-7. Maklumat mengenai mesyuarat adalah seperti dibawah :

      Tarikh : 30hb Julai 2016 (Sabtu)

      Masa   : Jam 3.00 petang

      Tempat : Auditorium Hospital Pantai Kuala Lumpur, 
      Tingkat 9, Blok A, No.8 Jalan Bukit Pantai, 
       59100 Kuala Lumpur

2. Sila sahkan kehadiran anda dengan menghantar e-mel (Nama penuh & No. Keahlian) kepada                           iffli.efendy@arsenalmalaysia.com (Setiausaha Arsenal Malaysia) sebelum atau pada 20hb Julai 2016.

3. Sebarang usul yang ingin dibincangkan semasa Mesyuarat Agung Tahunan Arsenal Malaysia kali ke-7 perlulah dihantarkan melalui email sebelum atau pada 20hb Julai 2016 kepada Setiausaha Arsenal Malaysia di alamat emel : iffli.efendy@arsenalmalaysia.com 

4. Pelbagai hadiah Cabutan Bertuah akan disediakan manakala ahli yang terawal (20 orang) mendaftarkan diri pada hari mesyuarat agung tahunan akan menerima cenderahati istimewa khas daripada Arsenal Malaysia.

5. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Arsenal Malaysia kali ke-7:

     a. Pengesahan minit Mesyuarat Agung Tahunan Arsenal  
         Malaysia kali ke-6.

     b. Laporan Tahunan aktiviti Arsenal Malaysia dan Laporan
         Kewangan Arsenal Malaysia.

     c. Pemilihan AJK Arsenal Malaysia bagi musim 2016/2017.

Kerjasama dan kehadiran anda sebagai ahli Arsenal Malaysia amatlah diharapkan dan dihargai.

Sekian, terima kasih.

(Iffli Efendy Abdullah)

* Notis ini telahpun dihantar melalui sms blast, email dan dipaparkan dalam media social kelab (facebook/twitter/website) untuk makluman ahli-ahli Arsenal Malaysia.


No comments

Powered by Blogger.